Tuesday, July 31, 2012

Dalam Dilema...~

Salam Ramadhan,


herm nk mula cmne eah...ok la,leyya tau baby start makan solid food bila dah 6 bulan.agk2 boleh ker baby usia 4bulan mkn solid food.?


sejak Amani nk masuk 4bulan ritu, dia asyik la masuk jari dlm mulut, & dpt ape jer nk masuk dlm mulut.trmasuklah jari mama dia ni.hehe.tp leyya still rase biasa sbb baby mmg cmtu.bila Amani dah masuk 4bln,leyya perasan yg Amani mcm lapar jer.minum pon dah kuat smpai stok habis la. semalam, semalaman xmau tidur.asek hisap jari jer,mcm sedap jer leyya tgk dia hisap. ckp kt Zul kot2 Amani lapar.ckp la nk x kalo kite try kasi die bubur.Zul x bg sbb bru 4 bulan. tp leyya mmg risau sbb die nanges jer smlm.


nak dijadikan cerita, pg td leyya call mama tnye Amani nangis x? ma ckp die nangis smbil hisap2 jari. so tu signal yg die lapar.ma dah bg susu, tp still cm tu gak.so leyya decide suruh mama tolong blikan farley's rusk memandangkan dah buntu xtau nk buat cmne. and the result is, Amani nganga mulut bila mama mule nk suapkan farley's rusk.mama try buat cair2 & Amani mkn tggl sikit jer.after mkn tu, ma ckp tgk die senyum jer,happy sbb knyg. hurm~


dalam dilema sbnrnye ni.boleh ke? buntu sgt ni.google2, 
Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal

Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
  1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
  2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
  3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
  4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan

so semua diatas mmg ade pade Amani.tp...

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal. Ada dikalangan ibubapa yang mula memberi makanan pejal kepada bayi mereka seawal usia 4 bulan, dengan harapan agar bayi mereka akan cepat kenyang, membesar dengan cepat and tidur dengan selesa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Peningkatan alahan makanan (bayi belum bersedia untuk menerima  makanan pejal)
  2. Tumbesaran bayi terbantut, sekiranya susuibu/susu formula (diganti dengan makanan pejal)
  3. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna.

oh no..conpius mak..~

p/s: masih bersyukur sbb anakku mula senyum kembali.tggu & lihat je lah..

4 comments:

  1. better tunggu 5 bulan lebih lar..lagi bagus kalau dah masuk 6 bulan..:)

    ReplyDelete
  2. sy masa anak 4 bulan camtu, try gak mkn nestum sebb baby boy ni kuat makan, susu je tak kenyang... alhamdulillah ok, takde apa...

    ReplyDelete
  3. Better tunggu 6 bulan, kalau teringin nak bagi. Just bagi yang puree food guna buah-buahan je. Tapi make sure kena blend halus-halus tau. Bukan apa, baby bila dah dapat food nanti dia kurang minum susu. Sedangkan dalam tumbesaran umur dia sekarang. Dia perlukan kadar susu yang banyak. Sistem pencernaan baby pun still kecik lagi untuk proses makanan yang berat-berat.

    ReplyDelete
  4. As Salam Leya,
    Ur baby kuat minum susu nih. mcm saya start bg sikit2 dulu bila dorang dah cecah 5 bulan. bagi time pagi aje nestum/biskut rusk tuh. Then bila dia dah pandai menelan, baru skit2 bagi puree buah/bubur.
    4 bulan rasa awal sgt, tapi kalau dah memang lapar aje..boleh arr sekali sekala bg biskut tu..kira okla leya buat cair2. or masak bubur nasi amik yang pati bubur tu aje..air2 bubur tu aje. dalam 2-3 sudu dah cukup. jgn bagi sampai 1 mangkuk..heheh. usus dia tak kuat lagi nak hadam makanan.
    Anyway, kiss for your little pie ek! so cute la amani....suka tgk baby kecik2 nih :) take care.. :)

    ReplyDelete